Matamu, sinarnya menyinari hati
Senyumanmu, manisnya memukau kalbu
Bicaramu lembutnya mendamaikan
Lalu aku pun hilang
dalam keindahan itu
bersama rindu
Persoalan cinta memang tidak akan ada habisnya.
Selagi manusia wujud selagi itulah cinta menjadi
isu yang menarik untuk dibicarakan. Bukan
setakat dibicarakan malah untuk dialami dan
dinikmati.
Sayangnya cinta tidak selalu dapat dinikmati. Ia
datang bersama bahagia tetapi juga kadang-
kadang bersama derita. Dek kerana itu, cinta
sentiasa menarik untuk diperkatakan. Tatkala ia
dalam keadaan yang menarik ia seronok untuk
diceritakan, tatkala ia dalam keadaan
mendukacitakan ia juga patut diceritakan.
Malah cinta tatkala mengheret, ia sentiasa seronok
untuk diperkatakan, oleh yang melihat betapatah
lagi yang sedang mengalami.
Seorang kawan saya tidak akan lekang
menceritakan kisah cintanya sewaktu remaja
kepada saya setiap kali bertemu. Nyata dia sangat
sayang bekas teman wanitanya itu, kini isteri
orang, kebetulan orang itu ialah kawannya sendiri.
Bekerja pula di bawah satu pejabat dan tidak dapat
mengelak daripada bertembung. Hampir setiap hari
terpaksa bertemu, kadang-kadang urusan rasmi
kadang-kadang tidak rasmi. Bayangkan betapa
pedih dan sakitnya.
Ingin sekali aku ungkapi
Isyarat jiwa dengan sempurna
Biar kau mengerti
Kau sedari
Keadaanku yang memujamu
Betullah kata orang, cinta yang pertama adalah
yang paling bermakna. Bagaimanapun pengganti
yang datang silih berganti yang pertama tetap di
hati. Payah sungguh untuk memadamkan
namanya, wajahnya, suaranya. Hampir setiap
ketika seperti terdengar gelak tawanya, gurau
sendanya. Kenangan begitu kekal dalam ingatan
dan selalu timbul dalam saat-saat tidak terduga.
Hampir semua orang ada pengalaman cinta
pertama dan hampir semua orang ada pengalaman
gagal dalam percintaan.
Kenangan, hanyalah satu arca
Yang kabur dan tersisih
Bila impian tak tersurat
Bila rindu bertebaran
Dan bila luka kian melarat
Apa lagi yang tertinggal
Cuma sebuah pengalaman
Paling memilukan
Amat meyakitkan
Kegagalan dalam cinta pertama jauh lebih sakit
daripada cinta-cinta selepasnya. Maka itu, usah
terlalu mudah untuk jatuh cinta buat kali pertama,
sebab yang pertama ini biasanya lebih menghiris
sekiranya gagal.
Hargai cinta anda, mahalkan sedikit harganya,
agar apabila anda merelakan ia dibeli oleh
seseorang dia amat-amat menghargainya.
P/s: Teringat plak zaman mude2 dulu.....uhuhu....m(-._-)m
Recent Comments